PUTERI SARAH NAFI GILA HARTA: “BELAH SANA TU MINTA MACAM-MACAM…” – IBU SYAMSUL KENANG NASIB CUCU: “ADA TANGAN KEJAM MEMISAHKAN MEREKA”
“Baru balik shooting. Maklumlah working mum cari rezekikan. Alhamdulillah, rezeki tak putus. Now packing for our Tokyo trip sebab esok dah nak berlepas. Work hard, play hard. Cuma I curious… kenapa I pulak yang dikata nak harta suami?
“Pergi holiday pun guna duit sendiri. Yang belah sana tu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny, maruah takde kena DUIT,” itulah kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang tampil menjawab tuduhan gilakan harta milik suaminya, pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Belum reda isu Syamsul yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar, terkini Puteri Sarah Liyana pula dikatakan gilakan harta milik suaminya.
Malah, Puteri Sarah baru-baru ini dilihat bergurau dengan memuat naik video TikTok dimana dia menyatakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi isteri nombor dua.
“Orang lelaki nak bini dua tiga boleh. Bagi pitih (duit) RM10,000 tiap-tiap bulan. Banglo (sebutir) sebuah. BMW sebuah. Lepastu tak balik tak apa,” tuturnya dalam nada bergurau”
Enggan berdiam diri, Puteri sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, menjelaskan dia tidak pernah mengejar kekayaan Syamsul kerana masih mampu mencari pendapatan sendiri hasil berlakon tanpa mengharapkan sesiapa.
Berkongsi perkara itu menerusi Instastory yang dimuat naik di Instagram miliknya, Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan mampu membawa anak-anaknya bercuti ke luar negara tanpa meminta wang daripada Syamsul.
Sementara itu, ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Fatimah Ismail turut berkongsi rasa sedih mengenangkan nasib kedua orang cucunya yang memerlukan kasih sayang seorang bapa.
Menurut isteri kepada pengarah dan pelakon, Yusof Haslam itu, perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah mendapat restu keluarga namun ada tangan kejam yang ingin memisahkan mereka.
“Mereka (cucu) memerlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka. Namun ada tangan yang kejam memisahkan mereka,” katanya menerusi perkongsian di Instastory miliknya.
Sebelum ini, menerusi hantaran berbeza di Instagram, Fatimah seakan-akan memberi bayangan tidak merestui jika anak lelakinya itu benar-benar telah berkahwin dengan Ira. Ia ekoran timbul khabar angin mengatakan pengarah filem itu didakwa sudah melangsungkan perkahwinan dengan Ira.
Puteri Sarah yang menganggap dirinya teraniaya apabila diberitahu mengenai perkara itu bagaimanapun berharap kedatangan 2023 dapat membongkar segala-galanya.
Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.