Alhamdulillah Tahniah!!! Akhirnya Puteri Sarah Sah Bercerai Alhamdulilah selesai cara elok.. Keluarga pon setuju..”,-Akhirnya Akhirnya Ira Kazar Dah Sepenuhnya Memiliki Syamsol Yusof Selesai Secara Elok Keluarga Pon Dah Setuju!!!
“Tahniah anak beranak Kazar.. Alhamdulilah selesai cara elok.. Keluarga pon setuju..” Selepas Puteri Sarah Fail cerai.. Tak sangka Puteri Sarah akhirnya ambil Keputusan ini..
KUALA LUMPUR: Keputusan nekad pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana meminta suami, Syamsul Yusof melepaskannya mendapat sokongan pelbagai pihak.
Permintaan yang diluahkan dalam laman Instagram (IG), petang ini bukan hanya meraih sokongan rakan artis dan peminat, malah ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail turut meninggalkan komen menyokong tindakannya menerusi hantaran berkenaan.“Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia, sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah langsung tidak dihargai segala pengorbanan!
Berita terkini setiap pagiDapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda
“Kebahagiaannya dirampas dengan kejam oleh mereka, dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar! Adilkah semua ini?” tulisnya.
Sebelum ini, Patimah menegaskan tidak akan memaafkan bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi kerana didakwa berkomplot dengan anaknya untuk mengahwinkan mereka.
Puteri Sarah tidak rela dimadu dan minta dilepaskan demi kebahagiaan bersama anak-anaknya.
Puteri Sarah tidak rela dimadu dan minta dilepaskan demi kebahagiaan bersama anak-anaknya.
Sementara itu, Puteri Sarah ketika dihubungi BH Online berkata, apa yang diperkatakan ibu mentua itu adalah satu kenyataan.
“Ibu bapa mentua menjadi kekuatan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Bohonglah jika saya dapat melalui saat sukar ini sendirian tanpa sokongan ibu bapa mentua, keluarga, teman rapat dan peminat. Mereka menjadi kekuatan luar biasa untuk saya berdepan setiap dugaan.
“Tanpa mereka, saya tak tahu apa akan berlaku,” ujarnya.
Tambah Puteri Sarah, ibu mentua kini lantang bersuara mempertahankannya dalam media sosial.
“Saya bersyukur memiliki ibu bapa mentua yang sangat baik, seperti ibu bapa kandung saya.
“Ibu bapa mentua juga menjadi saksi konflik dialami sepanjang empat tahun ini. Jadi, tentulah mereka tahu apa yang saya rasa ketika berdepan saat getir ini.
“Apatah lagi, mereka lihat saya terkontang-kanting menjaga anak-anak masih kecil tanpa suami. Mereka terlalu sayangkan Syaikul Islam dan Summayah,” katanya.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.